Hukuman Dunia Buat KAHAR

Assalamualaikum,

Pada tarikh 21 Oktober 2009 yang lalu, saya dan beberapa orang sahabat telah menghadiri perbicaraan kes Kahar aka Rasul Melayu (kononnya). Yang pada kali ini merupakan keputusan bagi kes tersebut.

Walaupun sangat-sangat la lambat memaklumkannya di dalam blog ini, ia tidaklah menjadi isu utama kerana mempunyai kecualian am iaitu MALAS berdasarkan Seksyen 105B Kanun Keseksaan (Pindaan) 2009.

Berikut merupakan keputusannya :

(1) Kesalahan Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor - 3 tahun penjara dan 6 kali sebatan

(2) Kesalahan Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor - denda RM 4500 dan penjara 2 tahun

(3) Kesalahan Seksyen 12 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor- denda RM 3000 dan penjara 1 tahun

(4) Kesalahan Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor - denda RM 4500 dan 2 tahun penjara

(5) Kesalahan Seksyen 8 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor -denda RM 4500 dan 2 tahun penjara

dan 6 bulan terakhir akan dihantar ke pusat pemulihan akidah di Ulu Yam.

Walaupun cik Kahar kita ni telah bertaubat dan insaf (berdasarkan pengakuan bertulis yang ditandatanganinya) tetapi Mahkamah telah berpendapat bahawa cik Kahar tidak dapat membuktikan dengan sebenar2nya. Memang la kan.. Dan kesalahan2 yang cik Kahar buat adalah sangat berat dan besar dosanya di sisi Allah SWT. Jadi Mahkamah tetap mengenakan hukuman yang berat (mengikut peruntukan undang2 yang diberi : 365 , Akta Mahkamah Syariah(bidangkuasa jenayah) 1965) sebagai pengajaran kepada cik Kahar juga kepada seluruh masyarakat.

Tahniah kepada Tuan Ahmad Zaki kerana sedaya upaya menegakkan keadilan dan menggunakan sepenuh kuasa yang diberikan kepada Mahkamah. Adalah diharapkan suatu hari Mahkamah Syariah akan diberi bidangkuasa TANPA HAD supaya keadilan Islam yang sebenar2nya dapat ditegakkan. ameen..

Wallualam

'Peguam Syarie' vs 'Peguam Bawa Kes Syarie'

Assalamualaikum,

"Jadilah seorang peguam syarie dan bukannya sekadar peguam yang membawa kes-kes syariah semata-mata."

Itulah antara kata-kata yang disampaikan oleh Tuan Zulfikar, bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan kepada kami pelajar tahun akhir Jabatan Syariah dan Undang-undang selepas selesai perbicaraan moot trial yang dihakimi oleh beliau sendiri.

Kata beliau lagi, sekarang kebanyakan peguam berlumba-lumba untuk menjadi peguam di Mahkamah Syariah kerana melihatkan banyaknya kes-kes syariah yang sentiasa dibicarakan.

Sebagaimana yang diketahui, bukan susah hendak menjadi peguam syarie. Ia bukan hanya terbuka kepada mahasiswa lulusan syariah sahaja, bahkan mahasiswa lulusan undang-undang sivil juga boleh menceburi bidang guaman syarie. Asalkan ada lebih kurang RM 8 ribu, daftar DSLP atau DAIJ untuk setahun maka seseorang itu sudah layak untuk menjadi peguam syarie.

Tidak dinafikan, kebanyakan orang menceburinya demi untuk membela golongan-golongan yang tertindas disamping mendapat sedikit upah hasil pekerjaan tersebut. Tetapi tidak kurang juga yang semata-mata mengejar ganjaran kewangan sehinggakan sanggup membela orang yang jelas-jelas salah. MEMBELA. Bukan sekadar membawa. Perbezaannya mungkin akan saya bahaskan diwaktu yang lain.

Terkadang terdapat juga dikalanagn para peguam yang ber'title' syarie ini tidak menunjukkan sifat syarienya tersebut. Malah lebih tidak syarie daripada peguam di Mahkamah Sivil. Etikanya tidak dijaga, akhlaknya entah kemana, hujahnya sekadar reka, tanpa ilmu agama di dada.

Makanya, dinasihatkan kepada para peguam syarie dan diri saya sendiri supaya janganlah sekadar menjadi peguam yang membawa kes-kes syariah semata-mata, tetapi jadilah peguam syarie dengan sebenarnya yang senantiasa berpegang kepada prinsip syariah dalam seluruh aspek, tindakan, dan etika sebagai peguam syarie.

Wallahualam.